1. Senaraikan 3 tugas pembimbing rakan sebaya .
Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang
bermasalah dan merujukkan mereka kepada kaunselor pelajar di sekolah.
Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan
sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
Membantu pelajar mengalami masalah akademik melalai sistem
mentor atau tutor sebaya.
2. Apakah PRS perlu buat apabila ada rasa untuk menolong
rakan-rakan ?
Membina perpaduan
Ini adalah langkah awal yang bertujuan untuk membina
perhubungan yang mesra , saling mempercayai dan rasa selamat . Rakan akan sedia
berbincang. Sekiranya PRS ternampak seorang pelajar dalam keadaan sedih ,
mungkin PRS boleh menegurnya seperti contoh di bawah ini :
PRS : Saya nampak Hafiez macam susah hati saja . Boleh saya
bantu ?
Menggalakan rakan bercakap
PRS perlu mampu menggalakan rakan bercakap dengan menggunkan
soalan-soalan terbuka. Jika rakan sudah mahu bercakap , jadilah pendengar yang
terbaik. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran lebih mendalam keadaan
yang dialami.
PRS : Apa agaknya yang Hafiez nak bincangkan dengan saya ?
ATAU
PRS : Mungkin ada cerita di sebalik keadaan Hafiez. Hmm
Apabila rakan sedang bercakap , PRS harus mendengar dan
memberi respon yang minimum seperti menganggukkan kepala , berkata ya , hmm ,
untuk menggalakan rakan bercakap.
Hafiez : Macam mana saya tidak sedih Man. Ibu bapa saya
selalu bergaduh .
PRS : (Anggukkan kepala dengan rasa simpati)
Menyatakan semula/Membuat rumusan
Setelah perbualan berlangsung beberapa ketika , PRS perlu
bijak menyatakan semula/merumuskan semua untuk memastikan kebenaran keadaan
atau menandakan kita mendengar apa yang dikatakan atau rakan kita menyedari apa
yang dikatakan kepada kita .
PRS : Daripada apa yang saya dengar daripada Hafiez , saya
faham bahawa Hafiez merasa bosan kerana ibu bapa selalu bergaduh sehinggakan
Hafiez tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
3. Apakah kemahiran asas yang perlu dalam proses menolong ?
Memberi perhatian
PRS boleh duduk berhadapan dengan rakan dalam keadaan yang
selesa oleh kedua-dua pihak. PRS memberi perhatian sepenuhnya (Penuh Minat)
kepada rakan yang sedang bercakap.
Mendengar
Perlu mendengar dengan teliti apa yang tersurat dan
tersirat. Termasuklah mesej secara lisan dan bukan lisan.
Mesej tanpa lisan boleh di kenal pasti melalui gerak badan ,
mimik muka , nada suara dan pergerakan
anggota badan.
Merumus
Selepas rakan anda menyatakan keadaan dan meluahkan perasaan
, PRS mengulas dan menjelaskan mesej
yang disampaikan untuk membantu pelajar untuk memahami
situasi sebenar yang di hadapinya.
No comments:
Post a Comment