Pembimbing Rakan Sebaya
-VISI-
- Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.
-MISI-
- Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.
-OBJEKTIF -
- Membina pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik,perlakuan, emosi dan personaliti.
- Membina khidmat sokongan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sebagai unit kecil yang membantu menyerap tuntutan dalam khidmat ini.
- Melatih pelajar dalam kemahiran asas yang membolehkan mereka berinteraksi dengan berkesan dengan rakan dan individu lain.
- Menubuhkan kumpulan pelajar yang terlatih yang boleh menggerakkan program-program dan aktiviti-aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
No comments:
Post a Comment