Sejarah PRS



SEJARAH PERKEMBANGAN PRS

- Pada tahun 1984, Bahagian Sekolah (Unit Bimbingan dan Kaunseling) telah merangka 

dan mengeluarkan buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling 
di sekolah. Satu daripada kandungan buku itu ialah perkhidmatan dan tugas “Kaunselor 
Sebaya”. Dengan ini, konsep “Kaunselor Sebaya” (sekarang dikenali sebagai Pembimbing 
Rakan Sebaya) telah sedia ada tetapi tidak diperkembangkan dalam kalangan murid 
secara sistematik dan menyeluruh. Pada 1986, program Pembimbing Rakan Sebaya mula 
diperkenalkan di sekolah-sekolah secara tidak formal melalui projek perintis “Kaunselor 
Sebaya” yang dikendalikan oleh Pn. Zuraidah Bt. Abdul Rahman, Ketua Jabatan di Institut 
Aminuddin Baki.

- Pada tahun 1987, satu Seminar-Bengkel PRS diadakan dan dihadiri oleh Ketua Penolong

Pengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran 
Negeri, Guru-guru Bimbingan dan Kaunseling yang telah dikenalpasti oleh Kementerian 
serta Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam seminar ini, nama Pembimbing Rakan Sebaya 
diterima secara rasmi. Hasil dari seminar/bengkel satu draf modul latihan yang 
mengandungi elemen-elemen konsep, falsafah, rasional dan objektif program 
Pembimbing Rakan Sebaya telah dikeluarkan untuk dicuba di peringkat sekolah.

- Pada  November 1987 satu mesyuarat menggubal kurikulum Kursus Pengurusan dan 

Latihan Program Pembimbing Rakan Sebaya diadakan di IPPN (IAB) dengan disertai oleh 
Pensyarah IAB, Pensyarah UKM, UPM dan USM, Pengetua sekolah, Ketua PenolongPengarah Hal Ehwal Murid dan Penyelia Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pelajaran 
Negeri, Pegawai-Pegawai Bahagian Sekolah dan Pensyarah Maktab Perguruan.

- Pada Ogos 1988, bengkel mengemaskini draf modul latihan di IAB supaya modul dicetak 

dan dihantar ke semua sekolah menengah di seluruh negara untuk dijadikan panduan.

- Pada September 1988, mesyuarat menyelaras program desentralisasi latihan PRS di IAB 

dan telah dipersetujui bahawa kurus-kursus desentralisasi (Teragih) di peringkat negeri 
mengikut panduan kandungan kursus yang sama iaitu:

a. Pengenalan Konsep, Falsafah dan Matlamat Program PRS

b. Teknik tafsiran keperluan
c. Teknik-teknik latihan.
d. Teknik penilaian program
e. Kemahiran yang diperlukan oleh PRS seperti kesedaran kendiri, asas komunikasi, asas 
kaunseling dan kemahiran lanjutan yang spesifik.
f. PRS dari perspektif Islam

- Pada 1989  IAB  dengan kerjasama Bahagian Sekolah telah mengadakan satu bengkel 
penelitian semula modul latihan PRS  bertajuk  Bengkel Membina Instrumen Kajian 
Keberkesanan Pelaksanaan Program Pembimbing Rakan Sebaya untuk dijalankan pada 
penghujung  tahun 1989 di sekolah-sekolah terlibat dan hasil daripada kajian telah 
dibentang dalam Seminar  Status dan Halatuju Program Pembimbing Rakan Sebaya pada 
16-19 Disember 1990.

 - Pada Jun 1991, kursus Intensif Kejurulatihan dan Pengurusan Program Pembimbing 
Rakan Sebaya telah diadakan di bawah pembiayaan pinjaman Bank Dunia. Seramai 42 
orang guru bimbingan dan kaunseling yang hadir.  Hasil daripada bengkel tersebut, pada 
tahun 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia, Unit Bimbingan dan kaunseling, Bahagian 
Sekolah dengan kerjasama IAB berjaya menerbitkan buku modul bertajuk ” Pembimbing 
Rakan Sebaya: Modul Latihan Asas”.

- Pada  2007, PRS telah menerima nafas baru dengan pengenalan  nyanyian lagu dan lirik 

Pembimbing Rakan Sebaya hasilan En. Badruddin Shukor diikuti dengan pelancaran 
pemakaian ‘vest’ PRS oleh Datuk Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu.

- Pada November 2008, Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein telah memperkenalkan ePRS dalam Majlis Persidangan Guru Bimbingan dan Kaunseling Kebangsaan di MITC, 

Melaka. 

- Pada Ogos 2011, draf Modul PRS KPM telah dibuat semakan bacaan (Proof Reading) di 

Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur oleh Bahagian Pengurusan Sekolah 
Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Segala yang terkandung di dalam blog ini hak milik PRS SMKSL